Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang
mendapat Ijazah Kelas Pertama sehingga Disember 2011 dikecualikan
daripada membayar balik baki pinjaman tersebut.
Ini bermakna pinjaman tersebut ditukar status menjadi biasiswa dan
seramai 11,764 peminjam yang layak dikecualikan daripada pembayaran
balik pinjam PTPTN dengan jumlah bayaran melebihi RM339 juta.
Daripada jumlah itu, 8,818 pelajar adalah berketurunan Cina, 2,347
berketurunan melayu, 456 berketurunan India, 50 berketurunan Bumiputera
Sabah, 34 berketurunan Bumiputera Sarawak dan 59 berketurunan lain-lain.
Daripada keseluruhan 887,376 peminjam, seramai 742,924 peminjam yang
sedang membayar balik pinjaman dengan nilai hampir RM3 billion. Jumlah
peminjam itu merupakan 83 peratus daripada keseluruhan peminjam.
Berdasarkan rekod bayaran balik peminjam, Timbalan Menteri Belia dan
Sukan mendakwa PTPTN tidak menjadi satu bebanan kepada peminjam dan ia
cuma mainan politik. Namun beliau tidak menolak kemungkinan bahawa
terdapat penambahbaikan perlu dilakukan terutama berkaitan dengan cas
pentadbiran.
Pengecualian yang mengikut sistem merit ini nampaknya cukup adil bagi
pelajar yang bersungguh-sunguh semasa mereka sedang belajar. Baki 17
peratus peminjam yang masih belum membuat pembayaran PTPTN mungkin
menghadapi masalah pekerjaan ataupun baki PTPTN yang sudah terkumpul
terlalu banyak sehingga mereka merasakan tidak mampu untuk membayar
lagi.
Namun demikian, tiada maklumat lanjut mengenai penguatkuasaan
pengecualian pembayaran ini setakat ini. Peminjam Ijazah Kelas Pertama
boleh menghubungi terus pihak PTPTN untuk mendapatkan maklumat lanjut
mengenainya.
No comments:
Post a Comment