Monday 9 April 2012

❤Mansuh PTPTN : Kerajaan Akan Tanggung Kos RM43 Billion & Malaysia Bakal Muflis❤



    Hari ini, kebanyakan “mata dan telinga” kalangan pemimpin negara tertumpu untuk membantu anak muda dengan cara menyelesaikan isu PTPTN ini secepat mungkin. Ada satu kumpulan tidak setuju mahu mansuh PTPTN, satu lagi kumpulan sudah bersedia dengan tawaran mansuh PTPTN. Anda dipihak yang mana satu? 

    Pertama sekali, kuota bumi sentiasa akan terpelihara dalam perlembagaan Malaysia selagi ada Melayu yang layak masuk. Yang Dipertuan Agong (YDP) berhak menggunakan kuasa untuk membuka ruang kepada orang Melayu untuk mendapatkannya. Kuota Melayu akan sentiasa terjamin melainkan ada “tangan-tangan halus” yang cuba mengubah perlembagaan. Itu soal perlembagaan.

    Sekarang ini berlaku lambakan graduan pengajian tinggi yang masih tercari-cari pekerjaan. Salah satu punca masalah yang kami perhatikan sekarang ini apabila melihat kepada situasi di mana, isu pendidikan telah dikomersialkan dan menjadi satu “medan dan pentas” untuk golongan kapitalis ini mencari keuntungan yang berlebihan tanpa memikirkan beberapa aspek secara teliti sebelum menawarkan jurusan dalam pengambilan pelajar baru.

    Kami berikan beberapa contoh situasi dan masalah di sini :
 
·        Kalangan kolej-kolej swasta masih lagi mengambil pelajar baru untuk jurusan yang sama setiap tahun, sedangkan telah berlaku lambakan graduan untuk jurusan berkenaan yang masih lagi tercari-cari ruang pekerjaan untuk mereka
·        Salah satu contohnya di sini, jurusan kejururawatan. Selain kos yang bagi kami agak keterlaluan, ada ramai di luar sana yang masih tak mendapat pekerjaan selain dihimpit bebanan hutang yang tinggi. Mereka akan melakukan pemasaran dan promosi, dan semestinya akan diceritakan yang “indah-indah” sahaja.
·        Belajar mahal, tetapi ruang pekerjaan yang disediakan tidak selari lambakan graduan yang ada.
·        Biasanya kolej swasta, akan menawarkan seberapa banyak tempat kepada pemohon. Biasanya daftar dahulu, kemudian barulah memohon PTPTN.

 
    Dahulu pun semasa kolej swasta baru dibuka, semua mahu mendapat tawaran dalam bidang IT disebabkan kos yang rendah. Apa yang pihak kolej lakukan, hanya sediakan kemudahan lab komputer tetapi sedangkan yang tergamak mengenakan kos pengajian setanding dengan bidang kejuruteraan.

 
·        Malangnya silibus yang disediakan lemah.
·        Pengurusan lemah.
·       Akhirnya, kolej banyak yang tutup.
·       Graduan “tidak laku” dalam pasaran pekerjaan..
·     Graduan IT mula berlambak tetapi majikan sukar mendapatkan graduan yang benar-benar kriteria mereka.

   Jadi, perkara-perkara seperti ini yang sepatutnya difikirkan secara teliti oleh pihak PTPTN. Jangan sesekali begitu mudah memberikan pinjaman. Mesti meneliti daripada aspek pasaran kerja dan yang menjanjikan pulangan (bayaran balik) dari peminjam. Sedangkan hakikatnya sekarang ini, berlakunya lambakan graduan yang sedia ada. Kerajaan perlu pantau isu supaya tidak bertambah serius supaya isu penawaran selari dengan permintaan yang sedia ada.