Saturday 31 March 2012

❤Gelombong Kenaikan Harga Minyak di China & Indonesia Akan Merebak Malaysia❤


                       
     Kami harapkan tajuk di atas tidak menjadi kenyataan. Apa yang kami ingin kongsikan di sini adalah pada malam 27 Mac 2012 melalui saluran Berita Utama TV3, ada melaporkan insiden di mana rakyat Indonesia menunjukkan bantahan keras kepada cadangan kenaikan harga minyak di Indonesia. Berapa nilai kenaikannya?

     Negara jiran, Indonesia merancang menaikkan harga minyak daripada 4,500 rupiah (RM1.51) kepada 6,000 rupiah (RM2.01) seliter bermula 1 April depan. (Sumber: Harian Metro)


    Buletin Utama turut menyiarkan berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang terjadi di China baru-baru ini serta turut menyelitkan antara faktor kedua-dua kerajaan iaitu pemerintah Indonesia dan juga China memilih untuk menaikkan harga minyak.

  Semuanya disebabkan kenaikan harga minyak mentah global yang memaksa sesetengah negara lain menaikkan harga bahan api. Akhirnya kerajaan Indonesia dan China dilihat “tidak mempunyai keupayaan” untuk menanggung lebih banyak subsidi minyak ketika ini. Begitulah, lebih kurang bunyinya, laporan berita kenaikan harga minyak yang menimpa rakyat Indonesia dan juga China.