![]() |
Tidak menghairankan apabila kes keruntuhan akhlak dan
jenayah susah benar nak dikawalnya. Masakan tidak, pengedar dadah pun tak takut
dengan hukuman gantung sampai mati inikan pula yang terlibat dengan kes
keruntuhan akhlak seperti gambar di atas ini.
SEREMBAN – Tiga wanita beragama
Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas
mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi
tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul
Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan
dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. Mengikut pertuduhan,
ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan
tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut
Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda
tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan. Mereka
adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan
kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya
berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga
nama baik diri dan keluarga mereka.
Setakat RM25 untuk kesalahan perlakuan
lucah dan menjolok mata di khalayak ramai? “Mahal” lagi denda :
- Denda
buang sampah merata-rata
- Tidak
pakai tali pinggang keledar
- Baling
selipar atau kasut kepada mahkamah (menghina mahkamah) sehingga
dipenjarakan satu tahun
Adakah ada yang akan membimbing mereka-mereka
ini kembali semula kepada “jalan yang sebenar” atau selepas ini mereka ini akan
meneruskan kegiatan mereka seperti biasa selagi tidak ditangkap buat kali yang
kedua?
Diharapkan kerajaan lebih tegas dalam
menangani masalah ini dengan mengubal undang-undang yang lebih munasabah pada
masa ini. Di saat ini, mereka hanya dibicarakan di mahkamah majistret mengikut
seksyen 21 akta ‘kesalahan kecil’, tidak layakkah mereka didakwa di mahkamah
syariah?