(a) Kepercayaan Alam Sekitar
Kepercayaan kepada bencana alam seperti
kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan
tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari,
bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu
keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah
alam sekitar.
(b) Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang
Kepercayaan terhadap nenek moyang
mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan
agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan
mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon
pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan
menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan
dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh
masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh
nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan
untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara
yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan
musuh.
(c) Kepercayaan kepada Anak Syurga
Kepercayaan kepada anak syurga adalah
untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Ia dilakukan dengan
menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan
ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Ini dianggap sebagai
perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti Chou mengamalkan
kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti
Chou.
(d) Kepercayaan kepada dewa
Kepercayaan terhadap dewa dipercayai
dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka
percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong
manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat
Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’.
(e) Agama Buddha
Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti
Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di
hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa
masuk dari Sri Lanka.
Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:
Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:
(i) Theravada - pengajarannya berasaskan doktrin dan penyelamat hanya ditawarkan kepada Sam Buddha.
(ii) Mahayana - pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua insan.
(ii) Mahayana - pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua insan.
(f) Ajaran Confuciusnisme
Ia bermula semasa Dinasti Chou yang
dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang
pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara
untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut
diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ini menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal
moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara
tersebut tidak memerlukan undang-undang.
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting. Selain itu, pengajaran Confucius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting. Selain itu, pengajaran Confucius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
(g) Ajaran Taoisme
Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu
adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam
semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai
sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik
dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang
merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te
Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia
akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia
perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah
sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.
(h) Moisme
Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m). Antara
konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat
(jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada
nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli),
menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan
aliran Confuciusnisme.
No comments:
Post a Comment