Hari ini, kebanyakan “mata dan telinga” kalangan
pemimpin negara tertumpu untuk membantu anak muda dengan cara menyelesaikan isu
PTPTN ini secepat mungkin. Ada satu kumpulan tidak setuju mahu mansuh PTPTN,
satu lagi kumpulan sudah bersedia dengan tawaran mansuh PTPTN. Anda dipihak
yang mana satu?
Pertama sekali, kuota bumi sentiasa akan terpelihara
dalam perlembagaan Malaysia selagi ada Melayu yang layak masuk. Yang Dipertuan
Agong (YDP) berhak menggunakan kuasa untuk membuka ruang kepada orang Melayu
untuk mendapatkannya. Kuota Melayu akan sentiasa terjamin melainkan ada
“tangan-tangan halus” yang cuba mengubah perlembagaan. Itu soal perlembagaan.
Sekarang ini berlaku lambakan graduan pengajian tinggi
yang masih tercari-cari pekerjaan. Salah satu punca masalah yang kami
perhatikan sekarang ini apabila melihat kepada situasi di mana, isu
pendidikan telah dikomersialkan dan menjadi satu “medan dan pentas” untuk golongan
kapitalis ini mencari keuntungan yang berlebihan tanpa memikirkan beberapa
aspek secara teliti sebelum menawarkan jurusan dalam pengambilan pelajar
baru.
Kami berikan beberapa contoh situasi dan masalah di
sini :
· Kalangan kolej-kolej swasta masih
lagi mengambil pelajar baru untuk jurusan yang sama setiap tahun, sedangkan
telah berlaku lambakan graduan untuk jurusan berkenaan yang masih lagi
tercari-cari ruang pekerjaan untuk mereka
· Salah satu contohnya di sini,
jurusan kejururawatan. Selain kos yang bagi kami agak keterlaluan, ada ramai di
luar sana yang masih tak mendapat pekerjaan selain dihimpit bebanan hutang yang
tinggi. Mereka akan melakukan pemasaran dan promosi, dan semestinya akan
diceritakan yang “indah-indah” sahaja.
· Belajar mahal, tetapi ruang
pekerjaan yang disediakan tidak selari lambakan graduan yang ada.
·
Biasanya kolej swasta, akan
menawarkan seberapa banyak tempat kepada pemohon. Biasanya daftar dahulu,
kemudian barulah memohon PTPTN.
Dahulu
pun semasa kolej swasta baru dibuka, semua mahu mendapat tawaran dalam bidang
IT disebabkan kos yang rendah. Apa yang pihak kolej lakukan, hanya sediakan
kemudahan lab komputer tetapi sedangkan yang tergamak mengenakan kos pengajian
setanding dengan bidang kejuruteraan.
·
Malangnya silibus yang disediakan
lemah.
· Pengurusan lemah.
· Akhirnya, kolej banyak yang tutup.
· Graduan “tidak laku” dalam pasaran
pekerjaan..
· Graduan IT mula berlambak tetapi
majikan sukar mendapatkan graduan yang benar-benar kriteria mereka.
Jadi, perkara-perkara seperti ini yang sepatutnya difikirkan secara teliti oleh pihak PTPTN. Jangan sesekali begitu mudah memberikan pinjaman. Mesti meneliti daripada aspek pasaran kerja dan yang menjanjikan pulangan (bayaran balik) dari peminjam. Sedangkan hakikatnya sekarang ini, berlakunya lambakan graduan yang sedia ada. Kerajaan perlu pantau isu supaya tidak bertambah serius supaya isu penawaran selari dengan permintaan yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment