Sejak dari tahun 1985 hingga 2010, ada permohonan-permohonan dari
Malaysia untuk menuntut di Harvard. Dan setiap tahun, sekurang-kurangnya
seorang yang berjaya diterima masuk. Bezanya sejak 2 tahun terakhir,
menunjukkan kesemua permohonan-permohonan pelajar Malaysia untuk masuk
ke universiti paling berprestij di dunia, Universiti Harvard ditolak kerana dilihat tidak layak dari segi kualiti dan kebolehan untuk bersaing. Sekarang ini, beribu-ribu yang mendapat semua A dalam SPM.
Setiap tahun bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM
meningkat. Tetapi adakah ia benar-benar mencerminkan kualiti sebenarnya
dalam diri setiap pelajar?
Melihatkan isu ini, kami suka untuk berkongsi beberapa contoh dan cerita
di sini di mana sebelum ini terdapat satu kursus yang diadakan oleh
bekas-bekas pelajar yang pernah memasuki Ivy League yang bertempat di
Taylors College. Dari Universiti Columbia, Brown, Duke, Yale, Princeton,
MIT dan Harvard, CalTec dan juga Stanford pun ada turut sama-sama
menyertainya. Dan terdapat juga beberapa universiti lain yang lain pada
masa itu. Boleh dikatakan yang hadir datang adalah terdiri daripada pelajar-pelajar & bekas pelajar dari universiti yang berprestij di dunia. Seperti kata-kata seorang wakil daripada MITI :
“if you randomly throw a stone there, you will definitely hit a mathematic Olympiad champion”
Hakikat antara mereka yang hadir adalah majoritinya adalah Cina, ada
juga sebahagiannya adalah berbangsa India. Melayu tiada pada masa itu.
Tetapi kalangan daripada mereka yang hadir memaklumkan suatu masa
terdahulu terdapat beberapa kalangan Melayu yang berjaya diterima masuk ke dalam Harvard. Mereka mengatakan kebanyakan pelajar Malaysia yang mendapat keputusan
yang cemerlang atau dalam bahasa yang mudah untuk diterima iaitu
“keputusan yang gempak” tidak menjamin untuk anda-anda semua diterima
masuk ke dalam universiti yang paling berprestij di dunia iaitu Universiti Harvard. Jadi apa yang mereka mahukannya sebenarnya? Apa yang Universiti Harvard cari adalah :
“Siapa anda, dan apa yang anda minati”
Ini semua ada kaitan dengan keghairahan seseorang dalam menimba ilmu mengikut bidang yang anda minati
yang akhirnya perlu dibuktikan kepada semua panel melalui esei anda.
Kebanyakan yang memberikan ceramah dan berkongsi pengalaman mereka tidak
boleh menafikan yang mereka yang berjaya mendapat semua A dalam SPM
dahulu tetapi apa yang penting yang perlu ada dalam diri mereka dan
membezakan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain pada masa itu adalah :
“Mereka amat bersemangat” dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Mereka akan buat sebaik mungkin.”
Contoh lain yang ingin kami kongsikan di
sini adalah di mana ada seorang pelajar Princeton yang memang minat
menari dan amat bagus dalam menari balet. Jadi apa yang beliau lakukan
semasa memohon masuk ke dalam universiti tersebut? Beliau telah hantar
semua imej dan gambar semasa beliau bertanding, sijil, siap sekali
disertakan video dengan esei beliau. Akhirnya, beliau berjaya diterima
masuk ke Univerisiti Priceton dalam jurusan Biologi.
Ada kisah lain yang menarik perhatian
kami, di mana ada kalangan di antara mereka yang minat melukis dan telah
menghantar banyak helaian lukisan yang disertakan bersama-sama borang
permohonan tersebut, akhirnya beliau juga diterima masuk Universiti
Brown. Seingat kami, beliau belajar dalam jurusan statistik. Jadi, semuanya berkisar kepada semangat.
Ada seorang kaunselor dari Kolej Taylor ini berkongsi ceritanya dnegan
mengatakan ada seorang budak perempuan Melayu yang dapat diterima masuk
ke dalam Harvard disebabkan beliau sendiri menghantar buku resepi
ciptaan beliau sendiri bersam-sama dengan borang permohonan beliau.
Oleh itu, Universiti Harvard
ini kurang memberikan perhatian kepada markah SAT 1600, SPM 16 A+ atau
keputusan 20 A1. Ini kerana ramai juga yang memohon mendapat keputusan
yang sebegitu rupa. Jadi mereka lebih gemar untuk melihat dan
menilai keghairahan pemohon dan adakah pemohon benar-benar mampu
memberikan komitmen dan semangat secara maksimum?
Jadi sudah sampai waktu dan ketikanya, masyarakat (ibubapa, pihak sekolah, kerajaan) tidak digalakkan untuk terus memberikan tekanan supaya mereka tidak hanya mengejar bilangan A semata, tetapi kemahiran sosial dan pembentukkan diri seorang pelajar itu sendiri perlu diambil perhatian yang cukup serius.“Itu sebablah, individu yang ghairah dengan apa yang beliau minat, mempunyai pelaung yang cerah untuk diterima masuk ke dalam universiti berprestij ini”
Yang pentingnya di sini, asas institusi pengajian tinggi sebenarnya adalah terdiri daripada sistem pendidikan rendah dan menengah. Jikalau asas di bawahnya tidak kuat, puncaknya pasti akan bergoyang. Terus-terang kami katakan sistem pendidikan di Malaysia di era 60 an dan 70 an lebih baik berbanding sistem pendidikan yang digunakan untuk tempoh 20 tahun ketika ini.
Daripada sini, kita boleh lihat kenapa dan mengapa sistem pendidikan di Malaysia perlukan perubahan. Kami melihat sistem pendidikan sekarang mengajar pelajar untuk lebih menghafal dari memahami sesuatu ilmu. Sekali pandang, inilah dia serpihan
kesan disebalik sistem persekolahan di Malaysia. Sistem persekolahan di
Malaysia ada baiknya, tetapi masih ada ruang yang perlukan perubahan
besar dalam sisitem persekolahan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment