Hari ini awal-awal pagi tadi kalangan kakitangan awam sudah boleh menyemak akaun bank masing-masing untuk kemasukan gaji baru SSM 2012. Dan dengan kenaikan gaji kakitangan awam 2012 ini, tengahari tadi beberapa institusi kewangan sudah mula menjadi tumpuan di kalangan kakitangan awam, melibatkan urusan pinjaman bank.
Bukan semuanya begitu. Yang pastitnya,
inilah masanya untuk kakitangan awam struktur semula kewangan mereka dan
menggunakan peluang ini untuk menyimpan lebih banyak pendapatan mereka
di institusi kewangan yang terpilih, disamping dapat menampung kos sara
hidup yang semakin melambung tinggi ketika ini. Dan tidak lupa juga
tanggungjawab membayar cukai pendapatan sebelum tarikh akhirnya pada 15 Mei 2012 ini.
Walaubagaimanapun, apa yang ditakuti sekarang ini jika kalangan peniaga mula mengambil kesempatan dek kerana kenaikan gaji kakitangan awam
sehingga menyebabkan akhirnya kakitangan swasta dan yang berniaga juga
turut menerima tempiasnya. Walaubagaimaanapun, langkah ini boleh dikawal
sebenarnya pengutkuasaan yang ada sekarang ini dipertingkatkan lebih
awal dan sentiasa konsisten dalam membuat pemantauan daripada masa ke
semasa dalam suasana kenaikan gaji kakitangan 2012 ketika ini. Dan kerajaan awal-awal sudah pun memberikan jaminan di mana kenaikan harga tidak akan berlaku.
Kerajaan Jamin Kenaikan Harga Barang Tidak Akan Berlaku!!
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Kerajaan
memberi jaminan tiada kenaikan harga barang ekoran kenaikan gaji
kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dari tujuh hingga
13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata peniaga yang menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah akan
dikenakan tindakan.
“Kenaikan gaji tidak ada kaitan dengan
kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang bergantung kepada faktor
lain, misalnya barang basah seperti ikan dan buah-buahan ianya
bergantung kepada faktor cuaca, barang import pula bergantung kepada
harga daripada negara luar,” katanya.
“Kami telah menempatkan 1,500 pegawai
pemantau harga kita di seluruh negara yang akan sentiasa memantau harga
barang selepas PM mengumumkan kenaikan gaji.
“Kita ikut prosedur, mula-mula kita bagi
‘notis tunjuk sebab’, mereka akan jawab selama tujuh hari, kalau
berpuas hati dengan jawapan mereka, kementerian tiada masalah. Tetapi
jika kita tidak berpuas hati… denda sebanyak RM100,000 akan dikenakan
untuk kesalahan kali pertama,” katanya.
P/S : Walauapapun, tahniah kami ucapkan kepada kakitangan awam. Semoga dapat berkerja dengan lebih gigih lagi selepas ini. Pada bulan Mei ini, giliran kakitangan swasta pula dijangka bakal menerima berita baik mengenai kemaskini dasar gaji minimum ketika ini yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib pada Hari Pekerja 2012 kelak.
PP/S : Bagaimana dengan harga barang keperluan di tempat dan kawasan anda ketika ini?